Teringin sgt nak pi Singapore. Dah alang2 trus book ticket Universal Studio Singapore. Kami berdua (aku ngan laki aku) drive dari Klang ke JB. Dah lama aku tak ke JB. Kiranya dah lebih 10 tahun tak jejak ke JB. Sampai kat tol nak masuk JB tuu..terkejut beruk aku bila bayaran tol hampir rm50. Pagi bergerak..dlm tgh hari tuu dah sampai Danga Bay.
Aku dah book Tune Hotel, Danga Bay 2 malam. Senang skit sbb ade shutle bus dari Tune Hotel trus ke Singapore. Malas nak pening2 kepala.Tgh hari tu kami trus pi Marina Bay. Harga return tiket lg murah kalo booking online RM23. Tapi beza RM2 aje kalo walk in RM25.
Marina Bay
Sampai Marina Bay..trus berjalan2 keluar. Terpinga2 kjap sbb tak tau nak tuju ke mana. Tanya org cammana naik bas dan MRT line. Last2 kami berjalan kaki ke Metro line.
On da way berjalan2 nak ke metro line.
Berpandu dengan apa yg aku study aku naik laa MRT dan turun dekat ngan Esplanade dan Singapore land mark tuu..Aku rasa tempat2 tu jauh jgak dari MRT line. Laki aku plak sebok bertanya jauh lagi kaa..kaki dah letih laaa blablabla. Dari MRT line ke tempat tu ambil masa lebih kurang 15min~20min.
Setelah kepenatan berjalan..akhirnya sampai jgak ke tempat Singa tuu
Kami sempat ke Bugis Street. Aku nak singgah ke Arab Street..nak makan sup tulang merah. Tapi laki aku plak bising..penat..penat. Alahai cam pompuan btul laa laki aku ni. Tak per laa..next time aku repeat pi Singapore mesti singgah makan sup tulang merah tu.
Esoknya kami ke Universal Studios Singapore (USS). Berbaju biru tu..laki aku. Dan beriang ria kami di sana. Tiada bezanya di Universal Studios Japan (USJ). Macam ade dalam 1..2 attraction game yg tiada. Sila beli tiket USS awal2 sbb USS limitkan berapa org boleh masuk. Serius aku tak igt berapa org bleh masuk USS dalam satu masa. Aku book tiket USS di Asiatravel.com. Sampai di sana trus collect tiket kat booth Asiatravel. Senang plak cari sebab bas berhenti btul dekat ngan booth tu. Masa aku pi tuu..voucher SD10 diberi setiap org. Bleh laa utk makan2 atau membeli dalam tu.
Ni haa laki aku..ada rupa cam Johan Raja Lawak takk..? Aku dok tau arr..tapi masa pi Penang hari tu..ader makcik2 dok tanya dia ..Johan Raja Lawak kaa..? Lepas peristiwa tu trus dia dok berlagak ngan aku yg dia Johan Raja Lawak.
Kami kat sana satu hari. Dah nak malam tu trus balik ke hotel dan esoknya drive balik Klang lerr.