Sunday, March 18, 2012

Thailand

Trip to Betong (Malaysia-Thailand border)
Seingat Gayah, plan ke Betong pada tahun baru 2011 adalah tidak dirancang. Semuanya bermula dengan mengikuti sedara mara ke Pengkalan Hulu. Kami drive dari Rawang menuju ke Ipoh. Kiranya lebih kurang macam ni la Ipoh-Gerik-Pengkalan Hulu-Betong.

Dulu2 sewaktu sekolah rendah, Gayah sekeluarga menetap di Taiping, Perak. Nak balik kampung di Terengganu&Kelantan mesti kena melalui Gerik. Dulu tak semoden sekarang. Laluan kenderaan masih bertanah merah. Bukannya macam sekarang jalan semua dah ditar sampai ke depan rumah. Pengalaman lain, disebabkan jalan bengkang bengkok, Gayah asyik muntah di sepanjang perjalanan. Boleh dikata perjalanan amat mencabar. Ye lahh kan..laluan kenderaan betul2 di tepi lereng bukit dan tanah belum di tar lagi. Untung generasi sekarang semua kemudahan dah ada. Ingat lagi semasa ambil preparation technical study to Japan di UTMKL (1998), Gayah dan kawan2 hanya berjalan kaki menuju ke KLCC dari UTMKL, dekat tau..hanya 30min aje. Masa tu jalan masih belum ditar. Sekarang jalan tar dah banyak konar2 dan berjalan kaki ke KLCC adalah sesuatu yg agak mustahil.

Hehehe..berbalik kepada cerita perjalanan ke Betong. Drive dari Rawang ke Betong mengambil masa lebih kurang 3 jam lebih. Betong ni tak dek laa besar mana..lebih kurang macam pekan Gerik. Penduduk Betong ada yg beragama Islam dan penduduknya boleh bertutur dalam dialek melayu kelantan. Ohh yee..sebelum terlupa nak bgtau, duit RM boleh digunakan dalam urusan jual beli di sini

Macam biasa laa nokkss..cop pasport

Pejabat Pos Betong. Yg merah tu peti pos yg dikatakan paling besar di Asia

Kalo singgah ke Thai, jgn lupa makan jambu hijau. Keranggupannya tak sama dgn jambu di Msia.

Time nak balik kena letak RM2 di dalam pasport bg. mengelakkan anggota immigresen Thai byk soal.
_______________________________________________________________________________

Bangkok 2010
Bln. 11 tahun ni akan ke Bangkok sekali lagi. Masa tu boleh laa Gayah tulis itenary btul2. Trip Bangkok 2010 adalah trip pertama yg Gayah join dgn forumer Cari. Trip Bangkok bersama Zilla, Cik Linot, Mofu, Tomatosauce, Tasya dan Adik. Yg ini, korang tgk gambar aje laa ye.

 Take A Nap amat femes di kalangan forumer Cari. Mgkin dari segi dasar budget dan location yg berhampiran dengan BTS/MRT.

Thailand-Burma Railway atau dikenali dgn. Laluan Keretapi Maut

Pat Pong Night Market. Ala2 Chinatown kat KL

Grand Palace


No comments:

Post a Comment