Sunday, February 19, 2012

Cambodia 01.2012

Cambodia 01.2012

Day 1
Jika mengujung ke Cambodia, sila avoid dry season (March~May). Sape tahan cuaca panas bebenor.


Menaiki AA dari Kl ke Phnom Penh. Yg tak best flight lewat sejam disebabkan hujan lebat.
Sepatutnya depart pukul 7.00am. Setibanya di Phnom Penh, ambil servis tuk tuk di airport dgn bayaran usd7 (1 tuk tuk) utk menuju ke station bas. Kepada sesiapan yg nak ke bandar Phnom Penh, sila ambil tuk tuk di luar airport sbb lg murah. 
Cambodia pakai USD sbb matawangnya tidak stabil.
Menaiki bas dgn bayaran usd10 ke Siem Riep. Huuhh lama sgt perjalanan ke Siem Riep sbb kami melalui perjalanan kawasan pendalaman. Kena kencing dgn penjual tiket...sebetulnya harga tiket bas usd8. Perjalanan seharusnya lebih kurang 5~6jam jika melalui highway. Aihhh...buang masa kat sini satu hari. Sepatutnya tgh hari dah sampai Siem Riep. Sila ambil bas Mekong Express atau MPV ke Siem Riep utk keselesaan dan cepat.
Rasa cam menyesal plak..dah alang2 bayar usd10/person kan elok aje ambil MPV ke Siem Riep dari airport..aiyakkk.(kami pergi seramai 6 org)

 Stesen Bas di Phnom Penh

Sampai di Siem Riep pun dah senja. Di stesen bas Siem Riep, tour guide kami dah standby tunggu kat sana.
Terus pergi guest house dan malamnya kluar ke restauran utk makan. Erkkk..seharian kami dok makangg.

 restaurant yg tak menetapi budget kami. Mahal plus tax kena charge

Di Siem Riep terlalu ramai tourist..org. putih. Jadi usd100 boleh digunakan di supermarket etc. Tetapi tidak di Phnom Penh..mereka tidak menerima usd100. Mgkin takut wang palsu usd100.  Ini betul2 terjadi apabila salah sorg kwn kami memborong silk ela tapi tuan kedai tidak mahu menerima usd100.

Day 2
Plan bergerak ke Angkor Wat. Kami bergerak dalam pukul 5.30am sbb kononnya nak tgk sunrise di kawasan Angkor Wat.


Angkor Wat adalah besar sesangat. Kagum dgn bangunan lama sampai si Kashaz aka Atikah melompat seronok sampai terseliuh kaki. Kashaz..next time jgn lompat lg ye hehehe...
Memasing muka baru bangun.Bayaran masuk Angkor usd20/day

The Bayon

Tgh hari kami lunch di Restauran Ustaz Haji Musa. Kami mencuba makanan masakan Khmer (gambar tak ambil sbb lapor sgt). Makan kat sini puas. Makan laa byk mana pun, ustaz tu charge kami usd4 per person.
Lepas lunch kami ke Artisan. Kononnya tiada di charge bayaran dikenakan tapi awal2 lg tour guide di Artisan minta diberi tips dan tidak membenarkan kami merayau di Artisan.

Makan malam kami KFC. KFC adalah halal di Siem Riep. Sbb KFC Malaysia melabur di sini. Harga standard cam di Msia. Kalo dilihat di sekitar Siem Riep, byk jg company Msia melabur disini.
Malamnya kami ke night market yg berdekatan dengan guest house kami.

 Promot jap. Restaurant Hj Musa..berdekatan dgn area Masjid An-Nikmah
 
 Punya laa jakun rombongan cik gayah. Depan KFC pun nak bergambo..hahahaha

Day 3
Kami ke Tonle Sap utk melihat perkampungan air. Bayaran menaiki bot usd10/person. Jadi satu bot usd60 laa. Disini terdapat ramai org Vietnam/Myanmar/Melayu. Sedih melihat kehipan org Kemboja dan merasakan beruntungnya lahir di Msia. Lpas tu, kami bergerak menuju ke Silk Farm. Silk Farm ni macam tak ramai pengunjung yg datang. Mungkin sbb process menghasilkan silk ni kat mana2 pun sama aje. Mmg sama pun sbb aku pi Vietnam.. process sama aje cam di Cambodia.

 Urusan jual beli di Tonle Sap

Kemudian kami lunch di Restaurant Haji Musa. Selepas lunch kami ke Cultural Village. Bayaran mmg agak mahal iaitu usd11 tapi berbaloi dan amat puas hati sbb dapat melihat kebudayaan dan sejarah Kemboja dgn lebih dekat.

 Salah satu persembahan di Cultural Village.

Disebabkan amat berpuas hati dgn servis Restaurant Haji Musa, kami dinner di sana lagi.
Macam biasa, malamnya ke night market lagi.

 
T-Shirt usd2. Masa ni dari sakit kaki terus jadi tak sakit. Heran bin ajaib.Begitu hebat kuasa Night Market!

Day 4
Bertolak 8.30am menaiki MPV (usd10) ke Phnom Pehn. Sampai di Phnom Pehn kami menyewa tuk tuk usd15 utk half day tour (hotel). Kami luch di Nyonya Cafe sebelum ke Killing Field. Harga makanan di Nyonya Cafe berpatutan. Paling murah Nasi Goreng Ayam dengan harga usd3.5. Plan nak makan di Himalaya Cafe, tapi tutup sbb cuti CNY.

Killing Field terletak jauh 15km dari bandar Phnom Pehn. Bayaran dikenakan usd2. Tengkorak mangsa disusun elok dalam bangunan. Aku ada ambil gambar tengkorak mangsa tapi terpaksa delete gambar2 tu sbb balik Msia terus demam dan tak baik2.Plak tu aku terbayang2 tempat tu dan seolah2 ada mangsa dok perhati aku..sah aku kena badi mayat.

Ptgnya kami ke Russian Market tapi byk kedai tutup sbb CNY. Kalo nak beli silk utk baju kurung better beli di Phnom Pehn. Kat kedai depan Russian Market ade jual segala macam jenis silk lagi murah dari Silk Farm/Artisan Boutique. Di Silk Farm/Artisan Boutique mana ada jual kain silk jenis ela tu. Malamnya kami ke Nyonya Cafe lg untuk dinner.

Day 5
Nina dan aku bercadang mencari tuk-tuk di seberang jalan. Jauh sikit dari hotel. Kami berjaya mendapat tuk tuk dgn harga bayaran usd15 (1 tuk tuk) utk half day tour dan ke airport.

Kami ke Royal Place. Tak masuk pun sbb aku rasa..Royal Place sama cam Grand Place, Bangkok. Bayaran masuk usd8. Kemudian kami ke Museum National Cambodia. Hanya bergambar didepan museum aje..tak masuk pun. Kami dibawa satu temple yg pemes di Phnom Penh..tak masuk pun sbb nak masuk kena bayar usd1.

Destinasi seterusnya, kami ke Toul Sleng Genocide Mesuem (entrance fee usd1) atau dikenali dgn S-21. Dulunya S-21 adalah sebuah sekolah tetapi semasa pemerintahan Pol Pot, sekolah ini dijadikan pusat tahanan. Sayu bila melihat gambar2 mangsa tahanan. Bangunan tingkat 2 dan 3..jaring dipasang di tepi koridor bg mengelakkan mangsa dari membunuh diri. Menurut bacaan dan pameran di sini mengatakan..sekali dah tertangkap masuk ke dalam pusat tahanan S-21..mangsa tidak dapat melepaskan diri keluar. Di Cambodia..terdapat bangsa Khmer, Cina dan Melayu Champa. Pol Pot menahan tahanan Cina dan Melayu Champa utk dibunuh..kiranya pembersihan etnik la. Tahanan dikumpulkan di sini sebelum di hantar dgn trak ke Killing Field utk dibunuh.
 
 Depan Tuol Sleng Genocide Museum

Kami bercadang lunch di Nyonya Cafe lg sbb berdepan dgn Central Market. Huhh..apalagi memborong laa kat Central Market. Aku borong kain batik kemboja dan t-shirt Hard Rock Phnom Peng..hehehehe wpun aku tahu Hard Rock Cafe mana ada kat Kemboja. Mgkin satu hari nnt.

Dan dalam pukul 2pm kami bergerak ke airport sbb flight pukul 4.45pm (tak igt exact time).
Sekian..trip aku di Kemboja.

Errrkk...awat skema sgt ayat aku kali ni?!




2 comments:

  1. Assalamualaikum miss Gayah.. kalau kita nak borong baju kurung kat kemboja nie.. kita boleh gi mana yer??? Ada tips tak?.. boleh bgtau kat kita di draziahzaidi@yahoo.com Terima kasih..

    ReplyDelete
  2. :) end of this month nk p sane.. besungguh carik info.. tengkiu share!

    ReplyDelete