Sunday, January 1, 2012

Europe 07.2002

Europe 07.2002

Aku gi Europe masa cuti summer. Sebagai hadiah utk diri sendrik sbb aku lulus exam masuk U..aku plan nak berjalan jauh sikit. So aku decide nak ambil tour dgn Kelana Convoy. Tak payah pikir pasal accomodation, transport dan makan. Semuanya disediakan. Bila aku buka web Kelana Convoy ada sikit perbezaan route berbanding masa zaman aku. Ye laa kan dah lama 10 tahun berlalu. Ya ampunnnn...terasa dah tua aku..huhuhuhu.

Dari tak pernah ada pengalaman tido dalam khemah. Melalui Kelana Convoy aku berpeluang laa. Pernah sekali aku tanya member yg dok Dublin sbb ada satu hari tu lunch pasta. Aku tanya omputih mmg makan pasta yg di campur dgn tuna kerr? Ko tau apa member tu cakap apa..tak lahh ni pasta style malaysia hehehe.

Aku pi ngan junior aku, Lee Chyi. Dasat btul laa budak ni. Pas dia follow aku 'jalan2'.. trus dia jadi hantu 'berjalan'. Ni haa blog si Lee Chyi www.crazchyi.wordpress.com  Dasat giler minah ni ..masuk Tokyo University. Aku plak masuk stakat U cikai2 aje.

Aku ambil Singapore Airlines ke Heatrow London dan singgah Singapore dalam 2 minggu ..jumpa family skejap. Lebih kurang mcm ni laa ... Kansai - Singapore - London - Singapore - Kansai. Terasa kaya giler masa zaman aku study dulu. Beli air ticket yg rega hampir rm4k++. Skrang ni terketar2 tangan nak hulur rm4k.

Aku first time dgr nama negara Luxembourg. Korang pernah dengar tak? Negara Luxembourge, saiznya kecil aje. Kiranya Tun Mahathir tu terrer jgak laa sbb Luxembourge tu dia tau kat mana. Sbb sebelum ni dia pernah mentioned pasal Luxembourge..negara kecil tapi ekonomi besar. 

Selain itu, sempat juga singgah di Verona, Italy. Verona dikenali sebagai bandar Romeo and Juliet. Romeo and Juliet tu adalah sebuah karya dari William Shakespeare. Berpeluang melihat di sekitar rumah Juliet (Rumah pementasan kerr realiti kehidupan Juliet kerr apa aku tak pasti..tapi tempat ni pemes laa). Dalam rumah tu aku tgk takdek apa pun. Cuma org jual poskad bagai. Skrang dok tau laa. Terdapat jg monumen emas Juliet. Dikhabarkan sesiapa menyentuh buah dada monumen Juliet itu akan menemui cinta sejati. Ntah btul ker tidak ni..?!

Nnt ada masa aku scan balik gambar2 aku di Europe. Rasa cam nak repeat balik ke sana. Aku tgh tunggu laki aku kaya sikit. Insya allah time tu bleh laa kot...hehehehe.



2 comments:

  1. Hi Saza!! Apa khabar? I miss the trip with you very much! :) Saya harap akan balik ke Malaysia Julai ini, jika ada kesempatan, nanti kita jumpa lagi.
    Ko wo tsukete ne. Chyi

    ReplyDelete
    Replies
    1. wahhh..chyi
      u ingat i lagi yee.
      i masih ingat lagi..u ketawa besar pasal tragedi anjing di barcelona.
      jgn. lupa contact i.. bila nak balik nanti.

      Delete