Saturday, June 30, 2012

Super Duper Jimat

Pernahkah anda menonton Extreme Couponing di Channel TLC. Menakjubkan sekali sebab dapat berjimat lebih 90% dari harga asal. Jika couponing ada di Msia...confirm Gayah hantu kumpul kupon/voucher segala bagi menjimatkan barang keperluan.

Couponing yang menguntungkan warga Amerika

Untuk warga di Malaysia..jgn risau. Kita pun ada konsep diskaun/voucher tapi bkn laa setahap extreme Cuoponing. Konsep yang Gayah nyatakan disini adalah laman web istilah voucher.

1) groupon.com.my
2) milkadeal.com
3) everyday.com.my

Gayah amat suka konsep discount ni. Cth yg Gayah dah beli adalah 'mencuci' gambar 300keping yg berharga rm132 tetapi dapat diskaun sehingga 45%. Murahkan. Tapikan diskaun ni lebih tertumpu kepada hotel, gourmet dan salun.Haa..tak lama lagi nak puasa..confirm banyak diskaun utk buffet berbuka puasa. Jadi apalagi...surf laman web yg Gayah nyatakan utk lebih penjimatan. Buat apa bayar lebihhhh

Bak pesanan kerajaan..rancang perbelanjaan secara berhemahh. 


Saturday, June 23, 2012

Misteri nombor 4 dan 13

Korang ada perasan tak..sesetengah tingkat bangunan tidak bernombor 4. Paling senang boleh nampak di lif. Tiada button bernombor 4. Untuk mengelak nombor 4.. tingkat 3A dan 3B digantikan untuk tingkat 3 dan 4..ataupun terus lompat ke tingkat 5. Kenapa? Inilah kepercayaan tahyul bangsa cina. Setiap nombor mempunyai maksud yg tersendiri.

Bagi masyarakat cina..nombor 4 dianggap suwey (tidak membawa tuah). Sebenarnya sebutan 4 adalah sama dengan sebutan mati/sial didalam bahasa Cina tersebut. Bangunan tinggi di China, tidak ada tingkat 13 dan 14. Kalo perhatikan betul2, kita tidak akan menjumpai tingkat 4, 13, 14 dan 24 di bangunan tinggi. Biasanya tingkat 12 terus lompat ke tingkat bernombor 15.




Kalo cina tak suka dengan nombor 4, negara barat pula menghindari dengan nombor 13. Terutama sekali apabila 13hb jatuh pada hari jumaat. Alaaaa...Friday the 13th. Sape tau movie ni heehehe.? Tapi mesti tak tau nape Friday the 13th kann?! Dari apa yg Gayah search di google..America tidak ada nama jalan 13th Street atau 13th Avenue.

Tetapi berlainan pula dengan bangsa yahudi. Mereka menganggap nombor 13 adalah nombor keagamaan dan suci. begitu juga dengan nombor 11 dan 666.

Kalo dilihat dari sudut pandangan yg berbeza... 1+3 hasilnya 4 . Jeng..Jeng..Jeng..misteri. (ayat lastttt...sila baca mcm di program misteri nusantara TV3) Jgn biarkan hidup anda diselubungi missssssssssssssssscalled. Hehehehe.