Thursday, March 29, 2012

Cerita Penggali Kubur

Masa Gayah masih bujang..suka bebenor lepak rumah org. Muka tak malu btul kann?! Ni nak bgtau kisah zaman muda2 dulu. Kisahnya bermula apabila roommate mengajak Gayah ke Klang utk berjumpa kwn lelakimya. Nak tak nak...terpaksa laa jd driver tak bergaji. Nasib baik parent kwn lelakinya sporting. Kami dijemput masuk ke dalam rumah. Masa tu jg laa Gayah dapat berkenalan dgn penggali kubur. Kiranya penggali kubur tu ahli keluarga kwnnya.

Gayah ni spesis nak tahu sgt pengalaman seorang penggali kubur (muda lagi..Gayah agak masa tu umur dlm lingkungan awal 30an). Si penggali kubur ni sewaktu zaman nakal2..dia tidak mempercayai wujudnya makhluk2 halus. Disebabkan ingin mengetahui makhluk2 halus ni..dia bertekad utk menjadi penggali kubur. Tetapi pekerjaan sebagai penggali kubur sekejap aje disebabkan satu peristiwa yg dia tidak boleh lupa sampai sekarang. Peristiwa ini khabarnya pernah masuk majalah Mestika terbitan Utusan.

Peristiwa bermula apabila diberitahu tentang satu kematian. Dan si penggali kubur macam biasa laa gali laa lobang kubur tu. Ntah macam mana..di dinding tanah kubur tu ada lubang sebesar tangan. dari lubang tu tiba2 terkeluar ular yg sgt besar (besar mana..Gayah tak pasti). Apalagi..terperanjat laa member ni..lari lintang pukang. Nak dipendekkan cerita..nak tak..nak ..terpaksa laa kembali ke lubang kubur yg digalinya sbb jenazah dah nak sampai. Penggali kubur ni dok melihat dalam lubang kubur..perasaan takut mmg ada katanya. Tapi terpaksa memberanikan diri. Dia mengambil segemggam tanah, dibacakan selawat dan ditutup lubang tu dgn tanah tadi. Kemudian jenazah selamat dikebumikan.

Gayah mula berfikir sejenak...apakah dosa yg telah dilakukan oleh jenazah ni. Penggali kubur menggeleng kepala mengatakan tidak tahu tapi itu laa last lubang kubur yg digalinya. Gayah rasa penggali kubur tu tahu apa dosa jenazah tu..tapi tak nak bgtau.

Bila dikenang balik kisah ni...Gayah menjadi takut pada maut. Sbb kita tak tahu bila ajal kita...........???!

Sunday, March 18, 2012

Thailand

Trip to Betong (Malaysia-Thailand border)
Seingat Gayah, plan ke Betong pada tahun baru 2011 adalah tidak dirancang. Semuanya bermula dengan mengikuti sedara mara ke Pengkalan Hulu. Kami drive dari Rawang menuju ke Ipoh. Kiranya lebih kurang macam ni la Ipoh-Gerik-Pengkalan Hulu-Betong.

Dulu2 sewaktu sekolah rendah, Gayah sekeluarga menetap di Taiping, Perak. Nak balik kampung di Terengganu&Kelantan mesti kena melalui Gerik. Dulu tak semoden sekarang. Laluan kenderaan masih bertanah merah. Bukannya macam sekarang jalan semua dah ditar sampai ke depan rumah. Pengalaman lain, disebabkan jalan bengkang bengkok, Gayah asyik muntah di sepanjang perjalanan. Boleh dikata perjalanan amat mencabar. Ye lahh kan..laluan kenderaan betul2 di tepi lereng bukit dan tanah belum di tar lagi. Untung generasi sekarang semua kemudahan dah ada. Ingat lagi semasa ambil preparation technical study to Japan di UTMKL (1998), Gayah dan kawan2 hanya berjalan kaki menuju ke KLCC dari UTMKL, dekat tau..hanya 30min aje. Masa tu jalan masih belum ditar. Sekarang jalan tar dah banyak konar2 dan berjalan kaki ke KLCC adalah sesuatu yg agak mustahil.

Hehehe..berbalik kepada cerita perjalanan ke Betong. Drive dari Rawang ke Betong mengambil masa lebih kurang 3 jam lebih. Betong ni tak dek laa besar mana..lebih kurang macam pekan Gerik. Penduduk Betong ada yg beragama Islam dan penduduknya boleh bertutur dalam dialek melayu kelantan. Ohh yee..sebelum terlupa nak bgtau, duit RM boleh digunakan dalam urusan jual beli di sini

Macam biasa laa nokkss..cop pasport

Pejabat Pos Betong. Yg merah tu peti pos yg dikatakan paling besar di Asia

Kalo singgah ke Thai, jgn lupa makan jambu hijau. Keranggupannya tak sama dgn jambu di Msia.

Time nak balik kena letak RM2 di dalam pasport bg. mengelakkan anggota immigresen Thai byk soal.
_______________________________________________________________________________

Bangkok 2010
Bln. 11 tahun ni akan ke Bangkok sekali lagi. Masa tu boleh laa Gayah tulis itenary btul2. Trip Bangkok 2010 adalah trip pertama yg Gayah join dgn forumer Cari. Trip Bangkok bersama Zilla, Cik Linot, Mofu, Tomatosauce, Tasya dan Adik. Yg ini, korang tgk gambar aje laa ye.

 Take A Nap amat femes di kalangan forumer Cari. Mgkin dari segi dasar budget dan location yg berhampiran dengan BTS/MRT.

Thailand-Burma Railway atau dikenali dgn. Laluan Keretapi Maut

Pat Pong Night Market. Ala2 Chinatown kat KL

Grand Palace


Saturday, March 17, 2012

Telenovela; ASTRO BELLA

Gayah mmg ada subscribe pakej mustika. Pakej Mustika mengandungi siaran Astro Warna, Astro Citra dan B4U. Tetapi bermula March, Astro memperkenalkan Astro Bella bagi menggantikan B4U. B4U tu pun ok jgak laa disebabkan Gayah ni peminat hindustan. Setiap kali Gayah tgk movie hindi..mesti si suami geleng kepala menandakan tidak suka. Tapi sejak adanya Astro Bella, Gayah dan si suami sekali layan telenovela. Astro Bella menyiarkan telenovela seluruh dunia kecuali sinetron indonesia.


Antara telenovela yg Gayah layan adalahhhhh....

Pobre Diabla Daniela
Telenovela dari Mexico. Kisah mengenai seorang wanita bernama Daniela dan cintanya terhadap jejaka kaya, Santiago. Parents Santiago menentang cinta mereka disebabkan wajah Daniela mirip kepada seorang wanita yg dicintai oleh bapa Santiago.Telenovela Mexico ni..mmg byk btul skrip@ayat2 bermadah cinta. Kalo tak percaya..tgk laa mana2 telenovela Mexico. Kompom mmg byk.ayat bunga2 cinta. Adakah org. Mexico sebegitu? 


Rivals (Magkaribal)
Telenovela Pinoy. Mengisahkan dua adik beradik Angela (Gelai) dan Anna (Victoria) yg terpisah setelah kematian ibunya. Kisahnya bermula dgn kecurangan bapanya dgn. seorang model dan pereka fesyen, Vera. Gelai dan Victoria amat meminati dunia perekaan fesyen dan....meminati lelaki yg sama?



Forever Yours
Gayah rasa ni telenovela dari Mexico sbb berdasarkan watak2 lelaki memakai topi ala cowboy. Mengisahkan 2 gadis yg dari berbeza latar belakang keluarga. Jejaka2 dok pakat nak pikat gadis miskin. Siarannya, setiap hari Sabtu dan Ahad bermula dari pukul 2pm. Gayah dah cuba google cari gambar segala. Tiada..mgkin tajuknya dalam Spanish bknnya dlm english.

 



Friday, March 9, 2012

Vietnam 2006


Outstation ke Vietnam. Dah alang2 sampai sana..rewang sekejap. So, lets the picture speak. Jgn ditanya pasal Vietnam segala, aku dah banyak lupa.Yg pasti semasa aku asyik dok tgk barang2 di night market, seluk poket jaket..henpon dah hilang.



Rewang2 pun sejarah Vietnam kena tau jgak. Aku ada bertanyakan pekerja vietnamese bagaimana mereka boleh menang semasa Perang Vietnam. Katanya tentera vietnam mencucuk dadah ke badan perempuan untuk dijadikan hamba seks tentera amerika. Secara tak langsung, tentera amerika menjadi khayal dan tidak bertenaga disebabkan hubungan seks secara tidak selamat ni. Perang Vietnam tercetus disebabkan ketamakkan Amerika. Mereka ingin menjadikan Vietnam sebagai pusat pelancungan seperti di Hawaii..Halong Bay kan cantik?! Dan perairan laut Vietnam kononnya terdapat sumber hasil petroleum yg akan menguntungkan kepada Amerika. Ni citer dari mulut ke mulut..dari generasi ke generasi. Takkan laa dalam buku sejarah nak bgtau perkara ni kaan. Aku confirm dlm wikipedia encyclopedia pun takdek penerangan macam ni.


Thursday, March 8, 2012

Si Comel yg. malang

Dalam perjalanan pulang dari Petaling Jaya menuju ke Port Klang..berhampiran dgn Hospital Tunku Ampuan Rahimah, Klang ternampak seekor kucing dewasa berwarna oren di tgh2 jalan raya. Ada dua tiga buah keter dan termasuk aku hampir terbabas sbb mengelak dari melanggar si comel ni. Kereta banyak dan laju. Kesal dan sedih sbb aku tak dapat nak selamatkan si comel tadi tuu..cuma dapat melihat kelibatnya dari sisi cermin kereta. Kalo aku selamatkan si comel..kang aku plak yg ditimpa kemalangan. Harap2 selamat laa si comel tadi.

Bukan nak bermegah2 bercerita mengatakan aku ni baik mcm malaikat kerr ape. Cuma nak berkongsi dengan pencinta haiwan. Dalam kereta aku mmg ada sebekas cat food. Kalo aku nampak stray kucing ataupun anjing berkeliaran..aku akan beri makanan. Tak kira kucing...anjing pun aku bagi. Anjing pun makhluk tuhan kann..?!


Kat rumah aku..yg 3 ekor..semuanya stray cat.Yg paling sedih..stray yg belum boleh berjalan, merangkak pun tak betul..aku agak umur dalam 2..3 minggu di buang dan diletakkan kat tangga apartment. Aduhhh sedihnya aku. Tak sampai hati dibiarkan jadi aku ambil bela. Untuk mengelakkan dari kucing belaan betina aku bunting, aku decide utk kembirikannya. Lagipun dari segi agama hukumnya harus. Aku tak mampu dari segi masa nak jaga kucing banyak2.

Stray ni aku kutip kat kedai makan. W/pun org2 kat kedai makan pandang aku semacam..aku buek bodo aje. Keadaannya kurus kering dan berkurap penuh satu badan. Aku beli ubat cream antifungus kat farmasi yg berharga RM5. Aku sapu cream tu ditempat berkurap, mandikan dan bagi makan. Alhamdulillah selepas seminggu badan berisi dan sihat seperti didalam gambar. Aku open for adoption si comel ni. Akhirnya si comel ni bertuan kepada si gadis muda remaja.

Hehehehe..comelkan stray ni minum susu. Selalunya aku iklankan di Mudah.com untuk iklankan adoption. Susu dan botol tu aku bg kat tuan baru secara percuma. Cuma aku minta cat food brand tesco sebagai balasan. Yg adopt adalah jejaka dari Shah Alam.

Ni lagi seekor. Aku terjumpa dia tgh terbaring dan dihurung semut. Masa tu aku dgn si suami berjalan2 area kawasan bot untuk melihat kunang2 di kuala selangor. Last2 tak tgk pun kunang2. Si comel ni akhirnya di adopt oleh seorang jejaka.

Gambar menjilat tu sebenarnya si stray tu baru selesai minum susu. Yang ni pulak aku dan si somi kutip di hospital PPUM. Haihhhh..kat spital pun ada jg org buang. Kalo nak buang pun tolong laa buang tempat yg senang si comel ni nak cari makan.!!! Bunyi berdecit-decit ingatkan ular..rupa2nya anak2 kucing empat ekor. Si somi sempat tangkap seekor aje. Yg lain dah cabut larik bersama ibunya. Si comel di adopt jg oleh sang jejaka. Sang jejaka katanya ibunya berkenan dengan si comel ni setelah melihat gambarnya.

Tak sangka jg. lelaki ni ada sifat penyayang dan belas pada si comel. Si suami sejak bersama aku..terus suka pada kucing. Kalo tak..buat tak tau dan dibiarkan aje.

Harap2 pasni aku dapat teruskan usaha murni mencari tuan pada si comel. AMIN!






Tuesday, March 6, 2012

Ear Wax

Semalam pergi Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) untuk mengeluarkan ear wax. Charge yg dikenakan adalah berpatutan dan berbaloi. Maklum laa ear wax keras nak mampus dan makin tersumbat serta membuat pendengaran tidak berapa jelas. Sesiapa nak pergi ke PPUM untuk membuang ear wax atau masalah berkenaan mengenai telinga..sila terus ke klinik Ear, Nose and Throat (ENT).

Charge yang dikenakan..untuk berjumpa specialist berserta khidmat rawatan pertama sebanyak RM15 dan ear drops RM5. Rawatan kali kedua pula sebanyak RM15. Jadi total kos rawatan adalah RM35. Murahkan.! Bagi pesakit yg pertama kali utk menerima rawatan ENT akan di charge lebih..alaa tak sampai RM50 pun.

Rawatan pertama, doktor akan check telinga dan kita diarahkan 4 kali sehari fill ear drops ke telinga bg soften ear wax. Susulan rawatan kali kedua pula adalah untuk mengeluarkan ear wax.

Doktor akan menggunakan alatan macam sedutan untuk mengeluarkan ear wax. Selepas ear wax terkeluar..korang akan rasa pening sekejap. Ye laa kan ear wax dah lama berkepuk di gegendang telinga. Rasa pening2 lalat sekejap aje..xdek laa lama mana pun. Dan yg penting sekali pendengaran lebih jelas membuatkan kita rasa selesa untuk berbicara.

Untuk kepastian lebih lanjut, aku tanya doktor macammana cara nak buang ear wax kat rumah.
Inilah jawapan doktor; kita tidak diperlukan untuk mengorek bagi mengeluarkan ear wax dgn menggunakan cutton bud dan sebagainya. Sebaliknya membersihkan kawasan telinga dengan baby oil. Ear wax akan terkeluar dengan semulajadinya.
Kesimpulan, baru aku tau...selama ni aku dok korek bknnya keluarkan ear wax tapi lagi menolak ear wax ke dalam gegendang.

Errkkk..apa motif sebenarnya aku nak tunjuk maganize tu jugak?

Sunday, March 4, 2012

Pulau di Malaysia

Si suami minat sgt berenang di pantai. Katanya teringin sgt nak berenang di pantai yg airnya berwarna biru.
Balik2 berenang di Port Dickson yg air keroh berkeledak. Jadi kami suami isteri...bermula tahun ini insya allah..ingin melakukan jelajahan ke pulau-pulau.


Khabarnya di Pulau Tioman..coral banyak yg dah mati. Sedihnya...! Harap2 kerajaan ambil inisiatif. Jangan esok lusa berlaku seperti di Pulau Langkawi.

Friday, March 2, 2012

Japan 2000~2005

5 tahun di Nippon sentiasa dalam kenangan. Ryugakusei mina san..jgn salah paham yee. 5 tahun bkn maksudnya ryunen tau! Aku kousen 3 tahun dan 2 tahun utk daigaku.

Apartment 1 room. Kat situ laa tmpt study..tmpt makan..tempat tido..bilik attach sekali bathroom dan ruang dapur. Sewa bulanan mahal giloss. Separuh dari scholarship aku bayar sewa aje. Kalo time musim sejuk lagi laa..bil electric mencanak2. Aku ni jenis tak tahan sejuk..kena pasang heater laa. Dah lerr heater tu makan byk api (style mak aku ckap..hehehe).

Teramaaat teruja melihat yuki (salji)

Di Jepun memancing di dalam kedai. Catch and release kaedahnya. Kalo kat sini, di kawasan terbuka..dapat ikan bleh bawa balik goreng.

Activity bersama foreign student yg lain. Petik strawberry..trus ngap boh dalam mulut hehehe. Strawberry di tanam terus di atas tanah. Tidak seperti di Cameron Highland, tanam di dalam pasu plastik bersaiz kecil. 

Aku igt2 lupa. Illumination ni kat Kobe kot?! Illumination ni hanya ada di waktu musim perayaan krismas. Pengalaman laa sbb mengharung dgn launtan manusia semata2 untuk melihat illumination di sepanjang jalan. (Mmg sesak ngan manusia..aku dok tipu)

Hari ni main snowboard..esok kompom sakit badan. Hahahaha.
Tapak ski/snowboard mmg terdapat di puncak bukit. Aku dan kawan drive ke sana. Plak tu jalan licin dan berais. Baru aku tau..kena pasang rantai besi (aku dok tau pggl apa benda ni) di tayar bagi mengelakkan kereta tergelincir bagai.

 Percaya atau tidak..karaoke berasal dari Jepun.

Hajat di hati untuk menemui doraemon tercapai juga.