Tuesday, January 17, 2012

Tanaman hiasan rumah serap toksik

Aku tertarik dengan artikel di dalam utusan malaysia 'Tanaman hiasan serap toksin'. Lepas baca tu trus aku pi beli tanaman yg berbentuk duit2 kecik sebagai hiasan dlm rumah. Aku letak kat dalam toilet.

Petikan dari Utusan Malaysia :
Antara bahan toksik yang berbahaya dan biasa terdapat dalam bangunan adalah formaldehyde, benzene dan trichloroethylene

Formaldehyde berpunca daripada foam dalam tilam dan kusyen perabut, kayu lapis dalam dinding, perabut, kertas, beg kertas, kertas tisu, kertas tuala, bahan pencuci, permaidani, pakaian dan cadar. 

Benzene pula biasa terdapat dalam minyak, pewangi, losen, syampu, sabun pembasuh, dakwat, cat, pelbagai plastik dan getah. 

Trichloroethylene terdapat dalam pelbagai bahan logam, bahan pencuci, pelekat dan dakwat cetakan. 

Benzene menyebabkan pening, lemah badan, mata kabur, penyakit paru-paru, kerosakan hati dan buah pinggang, mengganggu perkembangan bayi dalam kandungan, kanser darah.
Manakala trichloroethylene pula menyebabkan kanser hati. 

Jadi renung2kan demi kesihatan tubuh badan sendri.




No comments:

Post a Comment