Wednesday, January 18, 2012

MERLIN

Aku mmg gila dok tgk series ni. Walau dok ulang tayang sepuluh kali pun mmg aku akan tengok. TV3 seminggu sekali pada hari Ahad dan DIVA selalu ulang tayang.

Aku tgk Merlin pun sbb pelakon Colin Morgan. Kiutkan mamat tu. Aku start tgk sbb adik2 aku suka tgk drama siri ni. Dulu aku layan laa Supernatural, Heroes etc. Aku tgk skrang ni Supernatural makin mengarut2..trus malas nak layan dah.

MERLIN (Colin Morgan)

Kompom mmg layan realiti tv America's next top model. Walaupun kekadang tak berapa suka dgn pendapat Tyra Banks.








Tuesday, January 17, 2012

Tanaman hiasan rumah serap toksik

Aku tertarik dengan artikel di dalam utusan malaysia 'Tanaman hiasan serap toksin'. Lepas baca tu trus aku pi beli tanaman yg berbentuk duit2 kecik sebagai hiasan dlm rumah. Aku letak kat dalam toilet.

Petikan dari Utusan Malaysia :
Antara bahan toksik yang berbahaya dan biasa terdapat dalam bangunan adalah formaldehyde, benzene dan trichloroethylene

Formaldehyde berpunca daripada foam dalam tilam dan kusyen perabut, kayu lapis dalam dinding, perabut, kertas, beg kertas, kertas tisu, kertas tuala, bahan pencuci, permaidani, pakaian dan cadar. 

Benzene pula biasa terdapat dalam minyak, pewangi, losen, syampu, sabun pembasuh, dakwat, cat, pelbagai plastik dan getah. 

Trichloroethylene terdapat dalam pelbagai bahan logam, bahan pencuci, pelekat dan dakwat cetakan. 

Benzene menyebabkan pening, lemah badan, mata kabur, penyakit paru-paru, kerosakan hati dan buah pinggang, mengganggu perkembangan bayi dalam kandungan, kanser darah.
Manakala trichloroethylene pula menyebabkan kanser hati. 

Jadi renung2kan demi kesihatan tubuh badan sendri.




Friday, January 6, 2012

Singapore 10.2010

Teringin sgt nak pi Singapore. Dah alang2 trus book ticket Universal Studio Singapore.  Kami berdua (aku ngan laki aku) drive dari Klang ke JB. Dah lama aku tak ke JB. Kiranya dah lebih 10 tahun tak jejak ke JB. Sampai kat tol nak masuk JB tuu..terkejut beruk aku bila bayaran tol hampir rm50. Pagi bergerak..dlm tgh hari tuu dah sampai Danga Bay.

Aku dah book Tune Hotel, Danga Bay 2 malam. Senang skit sbb ade shutle bus dari Tune Hotel trus ke Singapore. Malas nak pening2 kepala.Tgh hari tu kami trus pi Marina Bay. Harga return tiket lg murah kalo booking online RM23. Tapi beza RM2 aje kalo walk in RM25.

Marina Bay

 Sampai Marina Bay..trus berjalan2 keluar. Terpinga2 kjap sbb tak tau nak tuju ke mana. Tanya org cammana naik bas dan MRT line. Last2 kami berjalan kaki ke Metro line.

On da way berjalan2 nak ke metro line.

Berpandu dengan apa yg aku study aku naik laa MRT dan turun dekat ngan Esplanade dan Singapore land mark tuu..Aku rasa tempat2 tu jauh jgak dari MRT line. Laki aku plak sebok bertanya jauh lagi kaa..kaki dah letih laaa blablabla. Dari MRT line ke tempat tu ambil masa lebih kurang 15min~20min.

Setelah kepenatan berjalan..akhirnya sampai jgak ke tempat Singa tuu

Kami sempat ke Bugis Street. Aku nak singgah ke Arab Street..nak makan sup tulang merah. Tapi laki aku plak bising..penat..penat. Alahai cam pompuan btul laa laki aku ni. Tak per laa..next time aku repeat pi Singapore mesti singgah makan sup tulang merah tu.

Esoknya kami ke Universal Studios Singapore (USS). Berbaju biru tu..laki aku. Dan beriang ria kami di sana. Tiada bezanya di Universal Studios Japan (USJ). Macam ade dalam 1..2 attraction game yg tiada. Sila beli tiket USS awal2 sbb USS limitkan berapa org boleh masuk. Serius aku tak igt berapa org bleh masuk USS dalam satu masa. Aku book tiket USS di Asiatravel.com. Sampai di sana trus collect tiket kat booth Asiatravel. Senang plak cari sebab bas berhenti btul dekat ngan booth tu. Masa aku pi tuu..voucher SD10 diberi setiap org. Bleh laa utk makan2 atau membeli dalam tu.

Ni haa laki aku..ada rupa cam Johan Raja Lawak takk..? Aku dok tau arr..tapi masa pi Penang hari tu..ader makcik2 dok tanya dia ..Johan Raja Lawak kaa..? Lepas peristiwa tu trus dia dok berlagak ngan aku yg dia Johan Raja Lawak.

Kami kat sana satu hari. Dah nak malam tu trus balik ke hotel dan esoknya drive balik Klang lerr.

Sunday, January 1, 2012

Europe 07.2002

Europe 07.2002

Aku gi Europe masa cuti summer. Sebagai hadiah utk diri sendrik sbb aku lulus exam masuk U..aku plan nak berjalan jauh sikit. So aku decide nak ambil tour dgn Kelana Convoy. Tak payah pikir pasal accomodation, transport dan makan. Semuanya disediakan. Bila aku buka web Kelana Convoy ada sikit perbezaan route berbanding masa zaman aku. Ye laa kan dah lama 10 tahun berlalu. Ya ampunnnn...terasa dah tua aku..huhuhuhu.

Dari tak pernah ada pengalaman tido dalam khemah. Melalui Kelana Convoy aku berpeluang laa. Pernah sekali aku tanya member yg dok Dublin sbb ada satu hari tu lunch pasta. Aku tanya omputih mmg makan pasta yg di campur dgn tuna kerr? Ko tau apa member tu cakap apa..tak lahh ni pasta style malaysia hehehe.

Aku pi ngan junior aku, Lee Chyi. Dasat btul laa budak ni. Pas dia follow aku 'jalan2'.. trus dia jadi hantu 'berjalan'. Ni haa blog si Lee Chyi www.crazchyi.wordpress.com  Dasat giler minah ni ..masuk Tokyo University. Aku plak masuk stakat U cikai2 aje.

Aku ambil Singapore Airlines ke Heatrow London dan singgah Singapore dalam 2 minggu ..jumpa family skejap. Lebih kurang mcm ni laa ... Kansai - Singapore - London - Singapore - Kansai. Terasa kaya giler masa zaman aku study dulu. Beli air ticket yg rega hampir rm4k++. Skrang ni terketar2 tangan nak hulur rm4k.

Aku first time dgr nama negara Luxembourg. Korang pernah dengar tak? Negara Luxembourge, saiznya kecil aje. Kiranya Tun Mahathir tu terrer jgak laa sbb Luxembourge tu dia tau kat mana. Sbb sebelum ni dia pernah mentioned pasal Luxembourge..negara kecil tapi ekonomi besar. 

Selain itu, sempat juga singgah di Verona, Italy. Verona dikenali sebagai bandar Romeo and Juliet. Romeo and Juliet tu adalah sebuah karya dari William Shakespeare. Berpeluang melihat di sekitar rumah Juliet (Rumah pementasan kerr realiti kehidupan Juliet kerr apa aku tak pasti..tapi tempat ni pemes laa). Dalam rumah tu aku tgk takdek apa pun. Cuma org jual poskad bagai. Skrang dok tau laa. Terdapat jg monumen emas Juliet. Dikhabarkan sesiapa menyentuh buah dada monumen Juliet itu akan menemui cinta sejati. Ntah btul ker tidak ni..?!

Nnt ada masa aku scan balik gambar2 aku di Europe. Rasa cam nak repeat balik ke sana. Aku tgh tunggu laki aku kaya sikit. Insya allah time tu bleh laa kot...hehehehe.



Friday, December 30, 2011

BEIJING, CHINA 07.2008

Aku cuba nak remind balik negara2 aku dah pi. Salah satunya Beijing dalam bln July 2008. Ingat2 lupa laa..


 Buah peach China ranggup cam jambu batu. Amat berlainan dari Peach Jepun.

Restaurant muslim. Kat Beijing kalo nampak kubah atau bangunan hijau retaurant muslim la tuu.

Makanan eksotik..ada brann?!

Dah alang2 di sana jgn lupa try makan peking duck. Kat KL blum tentu ada yg halal.

Silk Market mesti kena singgah tauu!! Macam Petaling Street tapi dlm bangunan berhawa dingin. Kalo nak beli barang..bargain habis-habisan. Dari henpon/t-shirt ke kain ela pun ada dijual disini.

Kedai2 kerajaan mcm kedai silk, mutiara dan jade bagai.. aku tak tepek kat sini. Kat kedai jade..aku belikan jade untuk laki aku buat ole2.

Miss Gayah bergambar depan Stadium Olympic, Beijing.

Wajib kena pi..Forbidden City. Tersangat laa besar. Kebetulan masa aku pi time cuti skolah kat sana. Jadi terlampau ramai umat dan bersesak2 melawat Forbidden City.Lagi satu kena pi Summer Place. Nak tepek gambo lak tak clear berkabus sbb kami pi awal pagi. Kalo Beijing..tak sah kalo tak singgah Great Wall. Kagum kejap dengan kekuatan depa bina Great Wall.

Great Wall. Time mendaki ok lagi. Time nak turun tu rasa cam gayat/gerun plak sbb tangga curam gituu..

Temple of Heaven. Maharaja dulu2 semayang kat sini. Kiranya temple lama laa. Sorry muka miss gayah nampak bergelap...hehehe.

 Jgn lupa tgk persembahan akrobatik
Pergi dan Balik kami naik China Airlines. Tok sah cakap pasal keselesaan..seat keras terasa besi mmg takdek rasa span..dgn ruang yg sempit. Yg lebih menyedihkan dgn tandas yg kotor dan berbau. Lebih baik lagi Air Asia. Aku teringat apek sebelah aku siap cakap lpas dia makan bihun yg di serve stewardess..' Huhh... I masak lagi sedap lorrr..'









Monday, December 5, 2011

1

Sebenarnya baru hari ni terniat nak berblogging. Padahal aku dah lama berblogging pastu trus senyap sampai ke hari ni..kendian delete. Mana tau esok lusa aku stop balik..dan trus delete..hehehehe.Doakan aku rajin berblog.

Teka..mana satu aku..hehehe