Thursday, March 8, 2012

Si Comel yg. malang

Dalam perjalanan pulang dari Petaling Jaya menuju ke Port Klang..berhampiran dgn Hospital Tunku Ampuan Rahimah, Klang ternampak seekor kucing dewasa berwarna oren di tgh2 jalan raya. Ada dua tiga buah keter dan termasuk aku hampir terbabas sbb mengelak dari melanggar si comel ni. Kereta banyak dan laju. Kesal dan sedih sbb aku tak dapat nak selamatkan si comel tadi tuu..cuma dapat melihat kelibatnya dari sisi cermin kereta. Kalo aku selamatkan si comel..kang aku plak yg ditimpa kemalangan. Harap2 selamat laa si comel tadi.

Bukan nak bermegah2 bercerita mengatakan aku ni baik mcm malaikat kerr ape. Cuma nak berkongsi dengan pencinta haiwan. Dalam kereta aku mmg ada sebekas cat food. Kalo aku nampak stray kucing ataupun anjing berkeliaran..aku akan beri makanan. Tak kira kucing...anjing pun aku bagi. Anjing pun makhluk tuhan kann..?!


Kat rumah aku..yg 3 ekor..semuanya stray cat.Yg paling sedih..stray yg belum boleh berjalan, merangkak pun tak betul..aku agak umur dalam 2..3 minggu di buang dan diletakkan kat tangga apartment. Aduhhh sedihnya aku. Tak sampai hati dibiarkan jadi aku ambil bela. Untuk mengelakkan dari kucing belaan betina aku bunting, aku decide utk kembirikannya. Lagipun dari segi agama hukumnya harus. Aku tak mampu dari segi masa nak jaga kucing banyak2.

Stray ni aku kutip kat kedai makan. W/pun org2 kat kedai makan pandang aku semacam..aku buek bodo aje. Keadaannya kurus kering dan berkurap penuh satu badan. Aku beli ubat cream antifungus kat farmasi yg berharga RM5. Aku sapu cream tu ditempat berkurap, mandikan dan bagi makan. Alhamdulillah selepas seminggu badan berisi dan sihat seperti didalam gambar. Aku open for adoption si comel ni. Akhirnya si comel ni bertuan kepada si gadis muda remaja.

Hehehehe..comelkan stray ni minum susu. Selalunya aku iklankan di Mudah.com untuk iklankan adoption. Susu dan botol tu aku bg kat tuan baru secara percuma. Cuma aku minta cat food brand tesco sebagai balasan. Yg adopt adalah jejaka dari Shah Alam.

Ni lagi seekor. Aku terjumpa dia tgh terbaring dan dihurung semut. Masa tu aku dgn si suami berjalan2 area kawasan bot untuk melihat kunang2 di kuala selangor. Last2 tak tgk pun kunang2. Si comel ni akhirnya di adopt oleh seorang jejaka.

Gambar menjilat tu sebenarnya si stray tu baru selesai minum susu. Yang ni pulak aku dan si somi kutip di hospital PPUM. Haihhhh..kat spital pun ada jg org buang. Kalo nak buang pun tolong laa buang tempat yg senang si comel ni nak cari makan.!!! Bunyi berdecit-decit ingatkan ular..rupa2nya anak2 kucing empat ekor. Si somi sempat tangkap seekor aje. Yg lain dah cabut larik bersama ibunya. Si comel di adopt jg oleh sang jejaka. Sang jejaka katanya ibunya berkenan dengan si comel ni setelah melihat gambarnya.

Tak sangka jg. lelaki ni ada sifat penyayang dan belas pada si comel. Si suami sejak bersama aku..terus suka pada kucing. Kalo tak..buat tak tau dan dibiarkan aje.

Harap2 pasni aku dapat teruskan usaha murni mencari tuan pada si comel. AMIN!






2 comments:

  1. Ya Allah, baiknya hati kamu, klu sume org seperti kamu alangkah bagusnya, tiada lg kekejaman terhadap haiwan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. kat luar sana ada lg yg lebih baik dari saya
      saya ni animal lover..lebih2 lagi dengan makhluk kesayangan Rasullullah

      Delete