Tuesday, February 14, 2012

Adik dan Didy


 Si comel, DIDY dan abangnya, ADIK

Tiba2 teringatkan 2 ekor anak aku ni. Tapi sayang, dua-dua dah mati. ADIK mati kena langgar ngan kereta dan DIDY pulak mati di pukul org. Sedih sgt sbb bela dari kecil. ADIK adalah stray cat yg laki aku kutip kat tempat kerjanya. Siap laki aku angkut bawa balik ADIK dgn naik motor lagi. Bayangkan laki aku bawa ADIK dari Shah Alam ke Klang. Mesti org keliling cakap laki aku ni gila bawak kucing dlm jaket unipom kerja (ADIK plak dok intai2..dan muka terjulur kluar dari dalam jaket). Makanan yg dia paling suka ayam rebus. 

Si telinga capang, DIDY

Aku suka dengan kucing mat salleh, scottish. Ternampak kat mudah.com yg  mahu menjual scottish cat. Trus call cakap nak jgak kucing tu. Kami namakan DIDY. DIDY ni suka geselkan hidung dia kat hidung aku..sebagai tanda sayang. Sebelum dia mati..sempat jgak laa dia geselkan hidung dia kat hidung aku. Yg sedihnya dia mati di halaman rumah. Aku dah syak mesti makcik kepoh depan rumah yg pukul anak aku ni.
Tak per laa akhirat nnt dia jawab laaa.

Sunday, February 12, 2012

Europe is poor so should live within its means - Dr M, interviewed by BBC

Europe is poor so should live within its means'

By Justin Rowlatt
Presenter, Business Daily, BBC World Service

Continue reading the main story
Global Economy

Q&A: Greek debt crisis
Why Greece won't go away
'Magic' made Greek debt disappear
What caused the eurozone crisis?
For decades the West has lectured the East on how to manage its economies. Not any more.

Now the emerging economies of Asia look like models of steady, consistent policy and sustained growth while Europe, America and Japan are mired in debt and are growing achingly slowly, if at all.

So what can the West learn from the East?

According to former Malaysian Prime Minister Mahathir Mohamad, the message is simple but devastating: Europe must face up to the new economic reality.

"Europe... has lost a lot of money and therefore you must be poor now relative to the past," he reasons in an interview with BBC World Service's Business Daily.

"And in Asia we live within our means. So when we are poor, we live as poor people. I think that is a lesson that Europe can learn from Asia."


State of denial
Dr Mahathir is well qualified to pass judgement.

If any Asian leader can make claim to having laid the groundwork for his country's economic expansion, it is he.

During his two decades in power, Dr Mahathir helped transform Malaysia from a sleepy former colony into an economic tiger.


But his advice will not make happy reading in the capitals of Europe.

Dr Mahathir believes European leaders are in a state of denial.

"You refuse to acknowledge you have lost money and therefore you are poor," he says.

"And you can't remedy that by printing money. Money is not something you just print. It must be backed by something, either good economy or gold."

Dr Mahathir may be 86 years old, but he still holds very strong views.

In particular, he believes Europe and the West must begin the long slow process of restructuring their economies to reduce their dependence on the financial sector.

"I think you should go back to doing what I call real business - producing goods, providing services, trading - not just moving figures in bank books, which is what you are doing."


His big bugbear is still currency trading, which he believes did huge damage to the Malaysian economy during the financial crisis that hit Asia in the late 1990s.

"Currency is not a commodity", he says.

"You sell coffee. Coffee… can be ground and made into a cup of coffee.

"But currency, you cannot grind it and make it into anything. It is just figures in the books of the banks and you can trade with figures in the books of banks only.

"There must be something solid to trade, then you can legitimately make money."


Tough message
But even if Europe takes his advice, Dr Mahathir believes there will be no quick return to economic health.

"To recover your wealth you have to work over many years to rebuild your capacities, to produce goods and services to sell to the world, to compete with the eastern countries," he says.

European workers are overpaid and unproductive, Dr Mahathir believes.

"I think you have paid your workers far too much money for much less work," he says.

"So you cannot expect to live at this level of wealth when you are not producing anything that is marketable."

His message is tough, he acknowledges, before adding with a laugh: "We used to get tough messages from you before, remember?"

"And now, what is the result? Sometimes you undermined our currency and we became very poor. Well, we learn from each other. We were Euro-centric before. I think it should be a little bit Asia-centric now."



Aku suka cara pemikiran Tun M. Siap aku cari merata2 dan search internet kat mana jual 'The Malay Dilemma'. Buku ni banned takdek dijual di Malaysia. Last2 aku jumpa buku ni kat Singapore Airport. Tanpa fikir panjang trus beli. Tun M mmg pakar bab ekonomi.

Friday, February 10, 2012

Interview

Isnin minggu depan, aku ada appointment interview kerja kat salah satu local company yg join venture dgn Sweden company. Doakan aku berjaya yee dan dpt offer gaji yg ummppp.

Wednesday, January 18, 2012

MERLIN

Aku mmg gila dok tgk series ni. Walau dok ulang tayang sepuluh kali pun mmg aku akan tengok. TV3 seminggu sekali pada hari Ahad dan DIVA selalu ulang tayang.

Aku tgk Merlin pun sbb pelakon Colin Morgan. Kiutkan mamat tu. Aku start tgk sbb adik2 aku suka tgk drama siri ni. Dulu aku layan laa Supernatural, Heroes etc. Aku tgk skrang ni Supernatural makin mengarut2..trus malas nak layan dah.

MERLIN (Colin Morgan)

Kompom mmg layan realiti tv America's next top model. Walaupun kekadang tak berapa suka dgn pendapat Tyra Banks.








Tuesday, January 17, 2012

Tanaman hiasan rumah serap toksik

Aku tertarik dengan artikel di dalam utusan malaysia 'Tanaman hiasan serap toksin'. Lepas baca tu trus aku pi beli tanaman yg berbentuk duit2 kecik sebagai hiasan dlm rumah. Aku letak kat dalam toilet.

Petikan dari Utusan Malaysia :
Antara bahan toksik yang berbahaya dan biasa terdapat dalam bangunan adalah formaldehyde, benzene dan trichloroethylene

Formaldehyde berpunca daripada foam dalam tilam dan kusyen perabut, kayu lapis dalam dinding, perabut, kertas, beg kertas, kertas tisu, kertas tuala, bahan pencuci, permaidani, pakaian dan cadar. 

Benzene pula biasa terdapat dalam minyak, pewangi, losen, syampu, sabun pembasuh, dakwat, cat, pelbagai plastik dan getah. 

Trichloroethylene terdapat dalam pelbagai bahan logam, bahan pencuci, pelekat dan dakwat cetakan. 

Benzene menyebabkan pening, lemah badan, mata kabur, penyakit paru-paru, kerosakan hati dan buah pinggang, mengganggu perkembangan bayi dalam kandungan, kanser darah.
Manakala trichloroethylene pula menyebabkan kanser hati. 

Jadi renung2kan demi kesihatan tubuh badan sendri.




Friday, January 6, 2012

Singapore 10.2010

Teringin sgt nak pi Singapore. Dah alang2 trus book ticket Universal Studio Singapore.  Kami berdua (aku ngan laki aku) drive dari Klang ke JB. Dah lama aku tak ke JB. Kiranya dah lebih 10 tahun tak jejak ke JB. Sampai kat tol nak masuk JB tuu..terkejut beruk aku bila bayaran tol hampir rm50. Pagi bergerak..dlm tgh hari tuu dah sampai Danga Bay.

Aku dah book Tune Hotel, Danga Bay 2 malam. Senang skit sbb ade shutle bus dari Tune Hotel trus ke Singapore. Malas nak pening2 kepala.Tgh hari tu kami trus pi Marina Bay. Harga return tiket lg murah kalo booking online RM23. Tapi beza RM2 aje kalo walk in RM25.

Marina Bay

 Sampai Marina Bay..trus berjalan2 keluar. Terpinga2 kjap sbb tak tau nak tuju ke mana. Tanya org cammana naik bas dan MRT line. Last2 kami berjalan kaki ke Metro line.

On da way berjalan2 nak ke metro line.

Berpandu dengan apa yg aku study aku naik laa MRT dan turun dekat ngan Esplanade dan Singapore land mark tuu..Aku rasa tempat2 tu jauh jgak dari MRT line. Laki aku plak sebok bertanya jauh lagi kaa..kaki dah letih laaa blablabla. Dari MRT line ke tempat tu ambil masa lebih kurang 15min~20min.

Setelah kepenatan berjalan..akhirnya sampai jgak ke tempat Singa tuu

Kami sempat ke Bugis Street. Aku nak singgah ke Arab Street..nak makan sup tulang merah. Tapi laki aku plak bising..penat..penat. Alahai cam pompuan btul laa laki aku ni. Tak per laa..next time aku repeat pi Singapore mesti singgah makan sup tulang merah tu.

Esoknya kami ke Universal Studios Singapore (USS). Berbaju biru tu..laki aku. Dan beriang ria kami di sana. Tiada bezanya di Universal Studios Japan (USJ). Macam ade dalam 1..2 attraction game yg tiada. Sila beli tiket USS awal2 sbb USS limitkan berapa org boleh masuk. Serius aku tak igt berapa org bleh masuk USS dalam satu masa. Aku book tiket USS di Asiatravel.com. Sampai di sana trus collect tiket kat booth Asiatravel. Senang plak cari sebab bas berhenti btul dekat ngan booth tu. Masa aku pi tuu..voucher SD10 diberi setiap org. Bleh laa utk makan2 atau membeli dalam tu.

Ni haa laki aku..ada rupa cam Johan Raja Lawak takk..? Aku dok tau arr..tapi masa pi Penang hari tu..ader makcik2 dok tanya dia ..Johan Raja Lawak kaa..? Lepas peristiwa tu trus dia dok berlagak ngan aku yg dia Johan Raja Lawak.

Kami kat sana satu hari. Dah nak malam tu trus balik ke hotel dan esoknya drive balik Klang lerr.

Sunday, January 1, 2012

Europe 07.2002

Europe 07.2002

Aku gi Europe masa cuti summer. Sebagai hadiah utk diri sendrik sbb aku lulus exam masuk U..aku plan nak berjalan jauh sikit. So aku decide nak ambil tour dgn Kelana Convoy. Tak payah pikir pasal accomodation, transport dan makan. Semuanya disediakan. Bila aku buka web Kelana Convoy ada sikit perbezaan route berbanding masa zaman aku. Ye laa kan dah lama 10 tahun berlalu. Ya ampunnnn...terasa dah tua aku..huhuhuhu.

Dari tak pernah ada pengalaman tido dalam khemah. Melalui Kelana Convoy aku berpeluang laa. Pernah sekali aku tanya member yg dok Dublin sbb ada satu hari tu lunch pasta. Aku tanya omputih mmg makan pasta yg di campur dgn tuna kerr? Ko tau apa member tu cakap apa..tak lahh ni pasta style malaysia hehehe.

Aku pi ngan junior aku, Lee Chyi. Dasat btul laa budak ni. Pas dia follow aku 'jalan2'.. trus dia jadi hantu 'berjalan'. Ni haa blog si Lee Chyi www.crazchyi.wordpress.com  Dasat giler minah ni ..masuk Tokyo University. Aku plak masuk stakat U cikai2 aje.

Aku ambil Singapore Airlines ke Heatrow London dan singgah Singapore dalam 2 minggu ..jumpa family skejap. Lebih kurang mcm ni laa ... Kansai - Singapore - London - Singapore - Kansai. Terasa kaya giler masa zaman aku study dulu. Beli air ticket yg rega hampir rm4k++. Skrang ni terketar2 tangan nak hulur rm4k.

Aku first time dgr nama negara Luxembourg. Korang pernah dengar tak? Negara Luxembourge, saiznya kecil aje. Kiranya Tun Mahathir tu terrer jgak laa sbb Luxembourge tu dia tau kat mana. Sbb sebelum ni dia pernah mentioned pasal Luxembourge..negara kecil tapi ekonomi besar. 

Selain itu, sempat juga singgah di Verona, Italy. Verona dikenali sebagai bandar Romeo and Juliet. Romeo and Juliet tu adalah sebuah karya dari William Shakespeare. Berpeluang melihat di sekitar rumah Juliet (Rumah pementasan kerr realiti kehidupan Juliet kerr apa aku tak pasti..tapi tempat ni pemes laa). Dalam rumah tu aku tgk takdek apa pun. Cuma org jual poskad bagai. Skrang dok tau laa. Terdapat jg monumen emas Juliet. Dikhabarkan sesiapa menyentuh buah dada monumen Juliet itu akan menemui cinta sejati. Ntah btul ker tidak ni..?!

Nnt ada masa aku scan balik gambar2 aku di Europe. Rasa cam nak repeat balik ke sana. Aku tgh tunggu laki aku kaya sikit. Insya allah time tu bleh laa kot...hehehehe.