Saturday, May 26, 2012

Broadband

Gayah berterima kasih sbb ada yg sudi add Gayah. Tapi minta maaf bebanyak jika Gayah tak reply atau tak add anda balik. Masalahnya line tak elok. Kekadang dapat baca penuh 'muka surat'..kekadang hanya boleh baca 'mukadimah' aje.

Broadband slow tahap kura2 amat menyusahkan betul. Tobat lepas ni mmg tak akan guna broadband. Kontrak broadband habis bln 8@9, insya allah nak guna streamyx pula.

Terkenang zaman di Jepun. Mmg serba serbi canggih. Line internet toksah cakap laa..laju dan murah. Berbanding dengan Msia..mmg ketinggalan 5~10 tahun terkebelakang dari Jepun.

Teringat tentang junior Gayah. Disebabkan serba serbi duniawi yg best di Jepun sampaikan ada yg ponteng 1 sem semata2 sibuk bermain online game. Dia dah jadi tahap kronik ketagihan bermain online game. Akhirnya dia dihantar pulang oleh JPA. Bayangkan begitu hebatnya penangan kemewahan dan kesenangan di Jepun membuatkan sesetengahnya lalai dan alpa terhadap tanggungjawab

Internet provider masa di Jepun, Gayah guna line Yahoo!BB. Gayah ambil pakej yg paling murah. Lebih kurang dalam yen3400. Abaikan currency tapi ibaratkan yen3400 mcm rm34.Dan yg paling penting lagi laju dari broadband yang Gayah tgh pakai sekarang ni.

Sekarang di Jepun, internet provider yang paling pemes adalah Hikari-fiber optic internet. Tak salah Gayah Hikari dah ada masa tahun 2005. Tapi cons adalah pengguna yg nak pakai line ni kena pastikan rumah/bangunan dah 'wired' with fiber optic line. Kalo takdek...mmg mahal kos install. Gayah tak berapa pasti...adakah wire tu install dalam tanah? Erkk...cari info sendri yaa.
Haaa..speed line jgn terkejut plak yee. Broadband yg Gayah tgh pakai sekarang ni..download 24.21kbps jahhh.

Sekarang TM tgh promote giler2 Unifi. Speed internet... laju di msia? Tapikan harga tak bleh blahh...Cam mahal bagi Gayah yang bergaji sederhana ni. Pakej paling murah pun RM149. Pakej Unifi termasuk video, internet tv (Hyyptv) dan phone.
 Sesiapa yg berkemampuan boleh pakai unifi. Yg tahap gaji sederhana mcm Gayah ni cuma mampu pakai broadband slow tahap kura.kura.


Nota kaki: Bak kata seorang kawan..lebih baik kita 'bad' daripada 'worst'.


1 comment:

  1. Berukbeng kat umah aku super slow.. pakai kat tablet tu.. rasa nak terminate tp rugi pulak sbb nya kalu travel, aku nak guna menda alah tu.

    Now pakai streamix RM110/bln (termasuk no. phone)... yg wifi punya tu. So takyah berserabut dgn wayar2 segala bagai dah.
    Laju jah cuma bila hari buat hal.. putus2 sokmo.

    Kat kemboja $5jah sebulan weh, kemain laju lagi (aku kan sokmo bercFB dgn nasir tu muahaha).

    ReplyDelete