Tuesday, May 1, 2012

Busy

Rasanya dah hampir sebulan Gayah tak update blog. Bkn apa busy plus ada byk program hujung minggu.
Sebulan lebih bekerja di tempat baru. Alhamdullilah lebih selesa dan environment bekerja lebih menyenangkan berbanding dengan tempat kerja sebelum ni. Wpun dah sebulan bekerja, Gayah masih tak selesa bila org bawahan memanggil Gayah dgn panggilan boss. Alahai kerja kilang..gaji bknnya besar manapun. Macam tak layak pun kalo nak dipanggil boss.

Minggu ni penuh dengan program. Sabtu lalu..menghadiri majlis perkahwinan engineer Gayah di Dewan Merak Kayangan, Felda di KL. Nasib baik jalan alternatif ke KL ada. Cuma jalan ke Dataran Merdeka ditutup disebabkan Bersih 3.0. Alahai...Gayah rasa ni bkn Bersih tapi Cemar (kotor). Gayah tak nampak langsung motif sebenar yg diperjuangkan oleh penyokong Bersih ni. Ni semua propaganda di lakukan oleh pihak tertentu bagi mengaut keuntungan bagi pihak tersebut dan penyokong pejamkan mata disebabkan telah dibayar oleh pihak tersebut. Buang masa aje dok layan benda2 Cemar ni. Gayah dah lerr plan nak merewang ngan kawan ke KL tapi niat terpaksa dikuburkan disebabkan Cemar ni.

Malam Ahad pula, jiran2 buat parti tupperware. Terpaksa laa tunjukkan muka walhal malas nak join sbb Gayah dok minat ngan spesis prangai kampung aka kaki ngumpat. Kawasan rumah org bersemak samun pun sebuk nak ambil tahu..walhal bkn rumah dia pun. Haihhh...harap2 Allah bagi rezeki lebih lagi sbb nak dok kawasan elit. Pemikiran org yang tinggal dikawasan elit ni lain..tak sibuk hal org dan tak menjoyah.

Isnin pula..Gayah dan kawan2 lepak dn makan di Seoul Garden. Nnt Gayah update harga dan gambar di Seoul Garden.

Hari ni..kenduri kesyukuran kawan. Busykan..letih pun ada. Baru aje nak plan ke Pulau Tioman sempena cuti 4 hari ni tapi disebabkan agenda yg macam2 ni laaa tergendala plan tu.

Haiihhh..nak update blog pun kena iku mood.

No comments:

Post a Comment