Sunday, May 6, 2012

Tips Berjimat

Untuk memiliki kereta honda tuu..Gayah mmg mampu. Tapi Gayah lebih suka bersederhana. Gayah pakai kereta Perodua Kenari aje. Kenari mmg betul2 jimat minyak bak kata omputih..value for money. Ulang alik bekerja dari rumah ke tempat kerja..duit minyak 2 minggu hanya RM50. Jimatkan?! So kali ni Gayah nak bercerita pasal jimat cermat cara Gayah.


Tips berjimat
1. Membeli barang2 keperluan seperti sabun mandi, sabun kain, barang basah, buah-buahan dan lain-lain   di Econsave. Cth: Tembikai Merah 1kg - RM1.35 (murahh weeiiii...tempat lain mana nak dapat rega ni)
2. Membasuh pakaian dengan washing mashine. Gayah selalu set kepada SPEED. Kalo set REGULAR... pengunaan elektrik melampau-lampau laa.
3. Suis eletrik mesti OFF selepas menggunakannya.
4. Gayah mmg masak selepas pulang dari bekerja. Kecuali letih sesangat tu..Gayah tak masak laa. Gayah    selalu memasak lauk lebih (2 kali makan). Esok harinya Gayah cuma panaskan aje lebihan lauk tersebut. Kononnya nak jimat gas,masa dan tenaga. Lebihan minyak masak tidak boleh di recycle banyak kali untuk menggoreng. Tak elok untuk kesihatan.
5. Untuk mengisi petrol kereta pula..make sure tangki hampir2 kepada line merah tu baru la diisi. Isi penuh tangki yaa. Tak perlu nak berulang ke petrol station banyak kali. Jangan bazirkan petrol, masa dan tenaga. Untuk perbandingan penjimatan petrol, Kereta Kenari Gayah diisi dengan petrol Petronas dan Shell. Ternyata Shell lagi menjimatkan.


Gayah mmg jarang nak beli DVD atau menonton wayang. Kecuali kalo dah teringin sangat nak menonton wayang tu..menonton gak laa. Walaupun berjimat, Gayah sebulan sekali..akan menjamu selera di restoran2 seperti japanese restaurant, italian restaurant bagai. Dah penat bekerja sebulan..kena laa makan sedap sekali sekala. Bagaimana pula dengan korang. Tepuk dada tanya nafsu..nafsu makan..nafsu shopping..?!
 

2 comments:

  1. salam kenal..

    pandai gayah berjimat..good tips anyway.

    ReplyDelete
  2. salam perkenalan,
    zaman sekarang serba serbi kena berjimat
    tak macam dulu..pi pasar rm50 boleh beli macam2 brg dapur.
    sekarang ni..pi tesco..rm50 tak cukup rasanya

    ReplyDelete