Saturday, June 30, 2012

Super Duper Jimat

Pernahkah anda menonton Extreme Couponing di Channel TLC. Menakjubkan sekali sebab dapat berjimat lebih 90% dari harga asal. Jika couponing ada di Msia...confirm Gayah hantu kumpul kupon/voucher segala bagi menjimatkan barang keperluan.

Couponing yang menguntungkan warga Amerika

Untuk warga di Malaysia..jgn risau. Kita pun ada konsep diskaun/voucher tapi bkn laa setahap extreme Cuoponing. Konsep yang Gayah nyatakan disini adalah laman web istilah voucher.

1) groupon.com.my
2) milkadeal.com
3) everyday.com.my

Gayah amat suka konsep discount ni. Cth yg Gayah dah beli adalah 'mencuci' gambar 300keping yg berharga rm132 tetapi dapat diskaun sehingga 45%. Murahkan. Tapikan diskaun ni lebih tertumpu kepada hotel, gourmet dan salun.Haa..tak lama lagi nak puasa..confirm banyak diskaun utk buffet berbuka puasa. Jadi apalagi...surf laman web yg Gayah nyatakan utk lebih penjimatan. Buat apa bayar lebihhhh

Bak pesanan kerajaan..rancang perbelanjaan secara berhemahh. 


Saturday, June 23, 2012

Misteri nombor 4 dan 13

Korang ada perasan tak..sesetengah tingkat bangunan tidak bernombor 4. Paling senang boleh nampak di lif. Tiada button bernombor 4. Untuk mengelak nombor 4.. tingkat 3A dan 3B digantikan untuk tingkat 3 dan 4..ataupun terus lompat ke tingkat 5. Kenapa? Inilah kepercayaan tahyul bangsa cina. Setiap nombor mempunyai maksud yg tersendiri.

Bagi masyarakat cina..nombor 4 dianggap suwey (tidak membawa tuah). Sebenarnya sebutan 4 adalah sama dengan sebutan mati/sial didalam bahasa Cina tersebut. Bangunan tinggi di China, tidak ada tingkat 13 dan 14. Kalo perhatikan betul2, kita tidak akan menjumpai tingkat 4, 13, 14 dan 24 di bangunan tinggi. Biasanya tingkat 12 terus lompat ke tingkat bernombor 15.




Kalo cina tak suka dengan nombor 4, negara barat pula menghindari dengan nombor 13. Terutama sekali apabila 13hb jatuh pada hari jumaat. Alaaaa...Friday the 13th. Sape tau movie ni heehehe.? Tapi mesti tak tau nape Friday the 13th kann?! Dari apa yg Gayah search di google..America tidak ada nama jalan 13th Street atau 13th Avenue.

Tetapi berlainan pula dengan bangsa yahudi. Mereka menganggap nombor 13 adalah nombor keagamaan dan suci. begitu juga dengan nombor 11 dan 666.

Kalo dilihat dari sudut pandangan yg berbeza... 1+3 hasilnya 4 . Jeng..Jeng..Jeng..misteri. (ayat lastttt...sila baca mcm di program misteri nusantara TV3) Jgn biarkan hidup anda diselubungi missssssssssssssssscalled. Hehehehe.



Saturday, May 26, 2012

Broadband

Gayah berterima kasih sbb ada yg sudi add Gayah. Tapi minta maaf bebanyak jika Gayah tak reply atau tak add anda balik. Masalahnya line tak elok. Kekadang dapat baca penuh 'muka surat'..kekadang hanya boleh baca 'mukadimah' aje.

Broadband slow tahap kura2 amat menyusahkan betul. Tobat lepas ni mmg tak akan guna broadband. Kontrak broadband habis bln 8@9, insya allah nak guna streamyx pula.

Terkenang zaman di Jepun. Mmg serba serbi canggih. Line internet toksah cakap laa..laju dan murah. Berbanding dengan Msia..mmg ketinggalan 5~10 tahun terkebelakang dari Jepun.

Teringat tentang junior Gayah. Disebabkan serba serbi duniawi yg best di Jepun sampaikan ada yg ponteng 1 sem semata2 sibuk bermain online game. Dia dah jadi tahap kronik ketagihan bermain online game. Akhirnya dia dihantar pulang oleh JPA. Bayangkan begitu hebatnya penangan kemewahan dan kesenangan di Jepun membuatkan sesetengahnya lalai dan alpa terhadap tanggungjawab

Internet provider masa di Jepun, Gayah guna line Yahoo!BB. Gayah ambil pakej yg paling murah. Lebih kurang dalam yen3400. Abaikan currency tapi ibaratkan yen3400 mcm rm34.Dan yg paling penting lagi laju dari broadband yang Gayah tgh pakai sekarang ni.

Sekarang di Jepun, internet provider yang paling pemes adalah Hikari-fiber optic internet. Tak salah Gayah Hikari dah ada masa tahun 2005. Tapi cons adalah pengguna yg nak pakai line ni kena pastikan rumah/bangunan dah 'wired' with fiber optic line. Kalo takdek...mmg mahal kos install. Gayah tak berapa pasti...adakah wire tu install dalam tanah? Erkk...cari info sendri yaa.
Haaa..speed line jgn terkejut plak yee. Broadband yg Gayah tgh pakai sekarang ni..download 24.21kbps jahhh.

Sekarang TM tgh promote giler2 Unifi. Speed internet... laju di msia? Tapikan harga tak bleh blahh...Cam mahal bagi Gayah yang bergaji sederhana ni. Pakej paling murah pun RM149. Pakej Unifi termasuk video, internet tv (Hyyptv) dan phone.
 Sesiapa yg berkemampuan boleh pakai unifi. Yg tahap gaji sederhana mcm Gayah ni cuma mampu pakai broadband slow tahap kura.kura.


Nota kaki: Bak kata seorang kawan..lebih baik kita 'bad' daripada 'worst'.


Sunday, May 6, 2012

Tips Berjimat

Untuk memiliki kereta honda tuu..Gayah mmg mampu. Tapi Gayah lebih suka bersederhana. Gayah pakai kereta Perodua Kenari aje. Kenari mmg betul2 jimat minyak bak kata omputih..value for money. Ulang alik bekerja dari rumah ke tempat kerja..duit minyak 2 minggu hanya RM50. Jimatkan?! So kali ni Gayah nak bercerita pasal jimat cermat cara Gayah.


Tips berjimat
1. Membeli barang2 keperluan seperti sabun mandi, sabun kain, barang basah, buah-buahan dan lain-lain   di Econsave. Cth: Tembikai Merah 1kg - RM1.35 (murahh weeiiii...tempat lain mana nak dapat rega ni)
2. Membasuh pakaian dengan washing mashine. Gayah selalu set kepada SPEED. Kalo set REGULAR... pengunaan elektrik melampau-lampau laa.
3. Suis eletrik mesti OFF selepas menggunakannya.
4. Gayah mmg masak selepas pulang dari bekerja. Kecuali letih sesangat tu..Gayah tak masak laa. Gayah    selalu memasak lauk lebih (2 kali makan). Esok harinya Gayah cuma panaskan aje lebihan lauk tersebut. Kononnya nak jimat gas,masa dan tenaga. Lebihan minyak masak tidak boleh di recycle banyak kali untuk menggoreng. Tak elok untuk kesihatan.
5. Untuk mengisi petrol kereta pula..make sure tangki hampir2 kepada line merah tu baru la diisi. Isi penuh tangki yaa. Tak perlu nak berulang ke petrol station banyak kali. Jangan bazirkan petrol, masa dan tenaga. Untuk perbandingan penjimatan petrol, Kereta Kenari Gayah diisi dengan petrol Petronas dan Shell. Ternyata Shell lagi menjimatkan.


Gayah mmg jarang nak beli DVD atau menonton wayang. Kecuali kalo dah teringin sangat nak menonton wayang tu..menonton gak laa. Walaupun berjimat, Gayah sebulan sekali..akan menjamu selera di restoran2 seperti japanese restaurant, italian restaurant bagai. Dah penat bekerja sebulan..kena laa makan sedap sekali sekala. Bagaimana pula dengan korang. Tepuk dada tanya nafsu..nafsu makan..nafsu shopping..?!
 

Tuesday, May 1, 2012

Busy

Rasanya dah hampir sebulan Gayah tak update blog. Bkn apa busy plus ada byk program hujung minggu.
Sebulan lebih bekerja di tempat baru. Alhamdullilah lebih selesa dan environment bekerja lebih menyenangkan berbanding dengan tempat kerja sebelum ni. Wpun dah sebulan bekerja, Gayah masih tak selesa bila org bawahan memanggil Gayah dgn panggilan boss. Alahai kerja kilang..gaji bknnya besar manapun. Macam tak layak pun kalo nak dipanggil boss.

Minggu ni penuh dengan program. Sabtu lalu..menghadiri majlis perkahwinan engineer Gayah di Dewan Merak Kayangan, Felda di KL. Nasib baik jalan alternatif ke KL ada. Cuma jalan ke Dataran Merdeka ditutup disebabkan Bersih 3.0. Alahai...Gayah rasa ni bkn Bersih tapi Cemar (kotor). Gayah tak nampak langsung motif sebenar yg diperjuangkan oleh penyokong Bersih ni. Ni semua propaganda di lakukan oleh pihak tertentu bagi mengaut keuntungan bagi pihak tersebut dan penyokong pejamkan mata disebabkan telah dibayar oleh pihak tersebut. Buang masa aje dok layan benda2 Cemar ni. Gayah dah lerr plan nak merewang ngan kawan ke KL tapi niat terpaksa dikuburkan disebabkan Cemar ni.

Malam Ahad pula, jiran2 buat parti tupperware. Terpaksa laa tunjukkan muka walhal malas nak join sbb Gayah dok minat ngan spesis prangai kampung aka kaki ngumpat. Kawasan rumah org bersemak samun pun sebuk nak ambil tahu..walhal bkn rumah dia pun. Haihhh...harap2 Allah bagi rezeki lebih lagi sbb nak dok kawasan elit. Pemikiran org yang tinggal dikawasan elit ni lain..tak sibuk hal org dan tak menjoyah.

Isnin pula..Gayah dan kawan2 lepak dn makan di Seoul Garden. Nnt Gayah update harga dan gambar di Seoul Garden.

Hari ni..kenduri kesyukuran kawan. Busykan..letih pun ada. Baru aje nak plan ke Pulau Tioman sempena cuti 4 hari ni tapi disebabkan agenda yg macam2 ni laaa tergendala plan tu.

Haiihhh..nak update blog pun kena iku mood.

Thursday, March 29, 2012

Cerita Penggali Kubur

Masa Gayah masih bujang..suka bebenor lepak rumah org. Muka tak malu btul kann?! Ni nak bgtau kisah zaman muda2 dulu. Kisahnya bermula apabila roommate mengajak Gayah ke Klang utk berjumpa kwn lelakimya. Nak tak nak...terpaksa laa jd driver tak bergaji. Nasib baik parent kwn lelakinya sporting. Kami dijemput masuk ke dalam rumah. Masa tu jg laa Gayah dapat berkenalan dgn penggali kubur. Kiranya penggali kubur tu ahli keluarga kwnnya.

Gayah ni spesis nak tahu sgt pengalaman seorang penggali kubur (muda lagi..Gayah agak masa tu umur dlm lingkungan awal 30an). Si penggali kubur ni sewaktu zaman nakal2..dia tidak mempercayai wujudnya makhluk2 halus. Disebabkan ingin mengetahui makhluk2 halus ni..dia bertekad utk menjadi penggali kubur. Tetapi pekerjaan sebagai penggali kubur sekejap aje disebabkan satu peristiwa yg dia tidak boleh lupa sampai sekarang. Peristiwa ini khabarnya pernah masuk majalah Mestika terbitan Utusan.

Peristiwa bermula apabila diberitahu tentang satu kematian. Dan si penggali kubur macam biasa laa gali laa lobang kubur tu. Ntah macam mana..di dinding tanah kubur tu ada lubang sebesar tangan. dari lubang tu tiba2 terkeluar ular yg sgt besar (besar mana..Gayah tak pasti). Apalagi..terperanjat laa member ni..lari lintang pukang. Nak dipendekkan cerita..nak tak..nak ..terpaksa laa kembali ke lubang kubur yg digalinya sbb jenazah dah nak sampai. Penggali kubur ni dok melihat dalam lubang kubur..perasaan takut mmg ada katanya. Tapi terpaksa memberanikan diri. Dia mengambil segemggam tanah, dibacakan selawat dan ditutup lubang tu dgn tanah tadi. Kemudian jenazah selamat dikebumikan.

Gayah mula berfikir sejenak...apakah dosa yg telah dilakukan oleh jenazah ni. Penggali kubur menggeleng kepala mengatakan tidak tahu tapi itu laa last lubang kubur yg digalinya. Gayah rasa penggali kubur tu tahu apa dosa jenazah tu..tapi tak nak bgtau.

Bila dikenang balik kisah ni...Gayah menjadi takut pada maut. Sbb kita tak tahu bila ajal kita...........???!

Sunday, March 18, 2012

Thailand

Trip to Betong (Malaysia-Thailand border)
Seingat Gayah, plan ke Betong pada tahun baru 2011 adalah tidak dirancang. Semuanya bermula dengan mengikuti sedara mara ke Pengkalan Hulu. Kami drive dari Rawang menuju ke Ipoh. Kiranya lebih kurang macam ni la Ipoh-Gerik-Pengkalan Hulu-Betong.

Dulu2 sewaktu sekolah rendah, Gayah sekeluarga menetap di Taiping, Perak. Nak balik kampung di Terengganu&Kelantan mesti kena melalui Gerik. Dulu tak semoden sekarang. Laluan kenderaan masih bertanah merah. Bukannya macam sekarang jalan semua dah ditar sampai ke depan rumah. Pengalaman lain, disebabkan jalan bengkang bengkok, Gayah asyik muntah di sepanjang perjalanan. Boleh dikata perjalanan amat mencabar. Ye lahh kan..laluan kenderaan betul2 di tepi lereng bukit dan tanah belum di tar lagi. Untung generasi sekarang semua kemudahan dah ada. Ingat lagi semasa ambil preparation technical study to Japan di UTMKL (1998), Gayah dan kawan2 hanya berjalan kaki menuju ke KLCC dari UTMKL, dekat tau..hanya 30min aje. Masa tu jalan masih belum ditar. Sekarang jalan tar dah banyak konar2 dan berjalan kaki ke KLCC adalah sesuatu yg agak mustahil.

Hehehe..berbalik kepada cerita perjalanan ke Betong. Drive dari Rawang ke Betong mengambil masa lebih kurang 3 jam lebih. Betong ni tak dek laa besar mana..lebih kurang macam pekan Gerik. Penduduk Betong ada yg beragama Islam dan penduduknya boleh bertutur dalam dialek melayu kelantan. Ohh yee..sebelum terlupa nak bgtau, duit RM boleh digunakan dalam urusan jual beli di sini

Macam biasa laa nokkss..cop pasport

Pejabat Pos Betong. Yg merah tu peti pos yg dikatakan paling besar di Asia

Kalo singgah ke Thai, jgn lupa makan jambu hijau. Keranggupannya tak sama dgn jambu di Msia.

Time nak balik kena letak RM2 di dalam pasport bg. mengelakkan anggota immigresen Thai byk soal.
_______________________________________________________________________________

Bangkok 2010
Bln. 11 tahun ni akan ke Bangkok sekali lagi. Masa tu boleh laa Gayah tulis itenary btul2. Trip Bangkok 2010 adalah trip pertama yg Gayah join dgn forumer Cari. Trip Bangkok bersama Zilla, Cik Linot, Mofu, Tomatosauce, Tasya dan Adik. Yg ini, korang tgk gambar aje laa ye.

 Take A Nap amat femes di kalangan forumer Cari. Mgkin dari segi dasar budget dan location yg berhampiran dengan BTS/MRT.

Thailand-Burma Railway atau dikenali dgn. Laluan Keretapi Maut

Pat Pong Night Market. Ala2 Chinatown kat KL

Grand Palace